Anda di sini

Seorang lelaki ditemukan maut dengan beberapa kesan tembakan

Advertisement
 

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terkena beberapa das tembakan, di kawasan deretan rumah kedai di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tembakan tersebut pada pukul 11.40 pagi, dan ketika sampai di tempat kejadian lelaki warga tempatan berusia 30-an itu, ditemukan dalam keadaan tertiarap. 

“Polis turut menemui sebuah motosikal dipercayai ditunggangi mangsa semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ramli berkata pihak forensik turut menemukan beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian, dan pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tembakan.

Katanya, pihaknya menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
 

Advertisement