Anda di sini

Remaja ditahan miliki motosikal curi

Advertisement
 Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.
TANGKAP: Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang remaja lelaki ditahan selepas didapati memiliki motosikal curi, berhampiran sebuah pasaraya, di Merotai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Jasmin Hussin berkata, suspek,14, dilihat dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Katanya, suspek menunggang motosikal berlegar-legar di hadapan pasaraya tersebut dan telah menimbulkan kecurigaan pasukan polis.

“Polis kemudiannya bertindak menahan dan menjalankan pemeriksaan dokumentasi terhadap suspek terbabit.

“Hasil pemeriksaan, suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, manakala semakan motosikal tersebut mendapati ia telah dilaporkan hilang disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jasmin berkata, suspek dan motosikal berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement