Anda di sini

Program Hebatkan Pensiangan: MCS dapat sambutan menggalakkan: Arthur

Advertisement
 Arthur (kanan) menyerahkan bantuan BKM kepada salah seorang penerima (kiri) yang mendapatkan khidmat BSN Bergerak yang dibuka semasa program itu.
TERIMA: Arthur (kanan) menyerahkan bantuan BKM kepada salah seorang penerima (kiri) yang mendapatkan khidmat BSN Bergerak yang dibuka semasa program itu.



NABAWAN: Penganjuran Program Hebatkan Pensiangan: Mobile Community Services (MCS) yang diadakan selama tiga hari telah menarik lebih 10,000 pengunjung setempat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Jelas Arthur, program tersebut merupakan anjuran bersama Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan; Perbendaharaan Malaysia Sabah; Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sabah dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah.


Sebanyak 41 buah agensi kerajaan terlibat dalam program itu, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pendaftaran lesen Kementerian Kewangan atau di Sabah yang lebih dikenali sebagai lesen PMS.


Terdapat juga pameran CIDB Malaysia bersama ABM Negeri Sabah yang memberi pendedahan dan pada masa sama menarik minat orang muda menyertai bidang TVET Industri Pembinaan, perkhidmatan Kebajikan serta pelbagai program menarik untuk manfaat Keluarga Malaysia di Nabawan.


Dalam perkembangan berkaitan, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan memberitahu, program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi negeri Sabah yang telah diluluskan adalah seramai 795,906 penerima (tidak termasuk rayuan) yang membabitkan peruntukan sebanyak lebih RM718 juta.


"Bagi daerah Nabawan pula ia melibatkan peruntukan berjumlah RM525,000 membabitkan 656 penerima yang tiada akaun bank yang hadir pada hari ini, yang mana dianggarkan 420 orang penerima akan membuat penunaian dalam program MCS ini dan bakinya akan disambung esok di Pagalungan.


"Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 9,036 penerima BKM berjumlah RM2,233,650 juta yang telah disediakan kerajaan untuk Parlimen Pensiangan sahaja, " katanya.


Mengulas lanjut, Arthur memberitahu, jumlah penerima bantuan BKM yang tiada akaun bank merekodkan penurunan tahun ke tahun berbanding dengan mereka yang sudah mempunyai akaun bank.


"Ini menunjukkan bahawa dengan adanya akses perbankan di Nabawan melalui perkhidmatan BSN bergerak di Nabawan dan Sook serta kemudahan tiga mesin ATM yang telah dibawa di Sook, masyarakat di Daerah Nabawan mula celik kewangan dan ramai daripada penerima BKM telah berjaya membuka akaun simpanan, " katanya.


Beliau menyifatkan penurunan tersebut sebagai salah satu kejayaan bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen, malah ianya merupakan satu kejayaan kepada penduduk di daerah tersebut.


"Bantuan Keluarga Malaysia merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula dalam pasca-pandemik dan meringankan beban kos sara hidup.

 
"Program Hebatkan Pensiangan: Mobile Community Services (MCS) mencerminkan komitmen agensi Kerajaan dan badan bukan kerajaan yang sentiasa bersedia mendekati rakyat, mendengar denyut nadi mereka dalam memberikan yang perkhidmatan terbaik agar penduduk di kawasan pedalaman tidak tercicir daripada agenda pembangunan negara, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement