Anda di sini

Penularan COVID-19 masih membimbangkan

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Penularan wabak COVID-19 di negeri ini masih ditahap membimbangkan, walaupun berlaku penurunan kes jangkitan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata statistik kes harian menunjukkan turun-naik dibanyak daerah.

“Bagaimanapun, penularan wabak masih kekal pada tahap membimbangkan dan kadar positif terus naik kepada 13.95 peratus semalam.

“Penurunan yang direkodkan pula, tidak banyak berbeza dan tidak mencerminkan keadaan semasa kerana masih dalam tiga angka iaitu 328 kes,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, faktor yang menyebabkan angka kes harian semalam lebih rendah iailah jumlah sampel ujian yang jauh lebih rendah daripada sebelumnya iaitu hanya 2,560 berbanding kelmarin 2,999.

“Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu ialah 17 daerah berbanding sebelumnya iaitu lapan sahaja dan perubahan turun-naik angka jangkitan secara drastik hampir setiap hari serta sukar diramal.

“Sebanyak 324 daripada jumlah kes harian yang dilaporkan adalah kategori satu dan dua, manakala dua kes masing-masing dalam kategori tiga dan empat,” katanya.

Masidi berkata, sikap masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) banyak mempengaruhi statistik harian.

  • oleh
  • Advertisement