Anda di sini

Majlis Daerah Keningau adakan lawatan kerja ke DBKK

Advertisement
 Walter menandatangani buku lawatan semasa lawatan ke DBKK itu.
TANDATANGAN: Walter menandatangani buku lawatan semasa lawatan ke DBKK itu.



KENINGAU: Majlis Daerah Keningau telah mengadakan lawatan kerja ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baru-baru ini.


Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi Majlis Daerah Keningau Walter Kenson yang juga merupakan mantan Pengarah Jabatan Landskap DBKK.


Lawatan ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) DBKK, Rosnah Datu Tumai.


Dalam lawatan tersebut, tiga taklimat daripada DBKK telah dikongsikan kepada ahli-ahli rombongan.

 Rombongan Ahli Majlis Daerah Keningau bergambar bersama staf-staf DBKK.
ALBUM: Rombongan Ahli Majlis Daerah Keningau bergambar bersama staf-staf DBKK.


Antaranya, taklimat mengenai Pengurusan Tempat Letak Kereta di Bandar Raya Kota Kinabalu oleh Pengurus Bahagian Pengurusan Letak Kereta DBKK Holdings Sdn. Bhd, Jimon Jahim.


Taklimat Pengurusan Landskap dan Taman Awam pula dikongsikan oleh Arkitek Landskap, Jabatan Landskap DBKK, Datin Dr. Noridawati Binti Abdul Rahman dan Pengurusan Sisa Pepejal pula disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal DBKK, Leong Tze Fui.


Turut hadir, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai DBKK yang turut sama terlibat dalam membantu sesi soal jawab selepas sesi taklimat.


Kunjungan ke DBKK itu diyakini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan di antara Majlis Daerah Keningau dengan DBKK tetapi juga secara tidak langsung turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan.
 

Advertisement