Anda di sini

Kuala Matu ditransformasi jadi kawasan tumpuan pelancong 

Advertisement
Juanda (dua kiri) bersama yang lain meneliti pelan pembangunan di kawasan Kuala Matu.
Juanda (dua kiri) bersama yang lain meneliti pelan pembangunan di kawasan Kuala Matu.

MUKAH: Kuala Matu bakal mengalami transformasi untuk menjadi kawasan tumpuan pelancong sekali gus kawasan rehat utama bagi jalan pesisir.

Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Dr Juanda Jaya berkata, Bahagian Perancang Negeri (SPA) telah diarahkan untuk mengkaji semula serta meneliti pelan cadangan pembangunan kawasan tersebut.

"Hal ini dimaklumkan susulan lawatan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri  Abang Johari Tun Openg pada Jun lalu," katanya ketika lawatan tapak ke Kuala Matu bagi penyediaan Pelan Pembangunan Kuala Matu, baru-baru ini.

Juanda berkata, projek pembinaan benteng hakisan di kawasan itu sedang dilaksanakan dan fasa kedua bakal menyusul.
 
Katanya, antara penambahan perancangan adalah mewujudkan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Kuala Matu nanti.

"Ia bakal menjadikan Kuala Matu menjadi pusat tumpuan pelancong dan persinggahan apabila jalan pesisir siap sepenuhnya nanti.

"Selain pembinaan benteng hakisan, pembinaan Masjid Kuala Matu dilengkapi dengan balai cerap Zon Tengah juga sedang berjalan," jelasnya.

Juanda menambah, beberapa cadangan lain ialah mewujudkan rumah kedai dan Skim Pembesaran Kampung (SPK).

Beliau berkata, sebanyak 200 unit rumah kedai disenaraikan dalam pelan cadangan pembangunan tersebut.

"Justeru, ini bakal memastikan kawasan Kuala Matu berkembang dan menjadi bandar satelit baharu di kawasan daerah Matu," katanya.  

Juanda berkata, ini merupakan usaha berterusan kerajaan Sarawak bagi memastikan kawasan luar bandar turut menikmati pembangunan seperti di kawasan bandar.
 

  • oleh
  • Advertisement