Anda di sini

Hajiji dijangka hadir dalam program Jelajah GRS Parlimen Keningau pada 28 Ogos ini

Advertisement
 Robert sedang berkata sesuatu dalam mesyuarat yang diadakan itu.
BINCANG: Robert sedang berkata sesuatu dalam mesyuarat yang diadakan itu.



KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bakal menghadiri program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Keningau pada 28 Ogos ini yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.


Timbalan Pengerusi GRS Keningau Datuk Robert Tawik memberitahu, program Jelajah GRS itu yang akan bermula pada jam 9.30 pagi, akan turut dihadiri oleh semua pemimpin-pemimpin GRS termasuk parti komponen dan juga parti mesra GRS.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Jelajah GRS yang diadakan di Dewan Mini Pexoholic pada Khamis.


Pada mesyuarat itu, satu Jawatankuasa Induk Program Jelajah GRS Parlimen Keningau telah dibentuk termasuklah pembentukan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pelaksana Program Jelajah GRS Parlimen Keningau.


Dalam pada itu, Robert turut memaklumkan, jawatankuasa yang hadir sama-sama bersetuju membentuk jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Induk Program Jelajah GRS Parlimen Keningau.


Turut hadir Penolong Setiausaha Agung STAR Sabah (Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana) Rizal Johari; Ketua-Ketua Bahagian komponen GRS Keningau yang terdiri dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

  • oleh
  • Advertisement