Anda di sini

Ranau tumpuan pelancong dalam dan luar negeri

Advertisement
 Ansaridah (kiri) serta rombongan turut melawat dan mencuba Mount Kinabalu Sky Bike.
SERONOK: Ansaridah (kiri) serta rombongan turut melawat dan mencuba Mount Kinabalu Sky Bike.

RANAU: Pusat pelancongan di daerah ini, terus menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri sejak negara beralih ke fasa endemik COVID-19.

Rata-rata pengunjung yang datang ke daerah ini berpuas hati dan teruja untuk menikmati percutian yang menjanjikan pemandangan berbeza dari tempat percutian lain di negara ini.

Bagaimanapun, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu terus dilaksanakan kerana wabak masih wujud dalam kehidupan kita.

Bagi pengunjung dari negeri Pahang, Ansaridah Abdul Rashid berkata pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal perlu diamalkan semasa pergi melancong.

Katanya, pematuhan SOP tidak boleh dipandang remeh bagi mengelak penularan jangkitan wabak COVID-19 ketika berada di kawasan orang ramai.

“Kita kena akur dengan arahan kerajaan supaya sentiasa menjaga diri dengan pematuhan SOP kerana penularan wabak masih belum berakhir,” katanya.

Beliau yang mengetuai rombongan itu berkata, lokasi percutian di sekitar Ranau, Kundansang, Tamparuli dan Kota Kinabalu sangat berbeza dengan tempat pelancongan yang ada di semenanjung.

“Kami sangat teruja melawat daerah ini dan banyak tempat-tempat menarik yang dapat memberikan pengalaman menyeronokkan.

“Rombongan kami telah melawat ke Sabah Teh, Pusat Tagal Luanti, Dairy Farm Mosilou Kundasang, Tugu Peringatan Pekan Kundasang, Bombon Marakau, Ranau Rabbit Farm dan Mount Kinabalu Sky Bike,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement