Anda di sini

Rai kemerdekaan melalui perlawanan persahabatan bola sepak

Advertisement
 Ahli Pasukan Fanthers Veteran mengambil gambar kenangan.
ALBUM: Ahli Pasukan Fanthers Veteran mengambil gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara Pasukan Taxi Otai Veteran Kota Kinabalu dan Pasukan Fanthers Veteran di sini sempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia 2022 diadakan di sini baru-baru ini.

Wakil Pasukan Taxi Otai Veteran yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok (SMKPT) Abdul Wahid Balaidi berkata, selain sebagai satu pengisian menunjukkan semangat patriotik kepada negara, perlawanan ini juga mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia ada dalam kalangan ahli kedua-dua pasukan.

 Abdul Wahid (barisan belakang, tengah) mengambil gambar kenangan bersama Pasukan Taxi Otai Veteran.
MANTAP: Abdul Wahid (barisan belakang, tengah) mengambil gambar kenangan bersama Pasukan Taxi Otai Veteran.

“Pada masa yang sama acara seperti ini juga dapat membudayakan amalan gaya hidup sihat dan cergas serta mampu merangsang produktiviti dalam masyarakat terutama seperti kami yang sudah berusia,” Tambahnya dan menyifatkan ‘Otai masih berbisa’.

Beliau berharap program seumpamanya dapat diteruskan pada masa akan datang, sama ada dalam kalangan orang muda mahupun yang sudah berusia.

Perlawanan persahabatan itu berlangsung sengit dan menyaksikan kedua-dua pasukan mendapat mata seri, 6-6. 
 

  • oleh
  • Advertisement