Anda di sini

Pemandu lori parah dalam kemalangan

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit di dalam lori.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit di dalam lori.

KINABATANGAN: Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah lagi lori di Kampung Segaliud, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan shah Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.09 malam.

Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati lori mangsa yang membawa muatan kelapa sawit telah melanggar belakang sebuah lagi lori tanpa muatan.

“Pemandu masih tersepit di dalam lorinya dan operasi menyelamat terus dilakukan sebelum mangsa yang mengalami kecederaan parah itu berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pemandu lori tanpa muatan itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya melibatkan kerosakan pada kenderaannya sahaja.

“Mangsa yang cedera terus dibawa ke hospital menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat, sebelum menamatkan operasi pada jam 8.12 malam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement