Anda di sini

Mayat wanita tanpa indentiti ditemukan mulai reput

Advertisement
 Lokasi penemuan mayat wanita tanpa identiti kira-kira 500 meter daripada sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran Tebobon di sini.
MAYAT: Lokasi penemuan mayat wanita tanpa identiti kira-kira 500 meter daripada sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran Tebobon di sini.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terkejut sebaik menemukan mayat wanita di dalam pondok usang di kawasan semak yang terletak kira-kira 500 meter daripada sebuah stesen minyak di Jalan Tuaran Tebobon di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata mayat tanpa identiti itu ditemukan pada jam 10.15 pagi sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak polis.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai seorang warga asing berumur 50-an dan butiran diri belum dikenalpasti.

“Semasa ditemukan, mayat dalam keadaan terbaring di dalam pondok dan kematian berlaku dipercayai melebihi tiga hari dengan sebahagian besar mayat berkenaan sudah reput tinggal tulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata lokasi penemuan mayat dipercayai dijadikan tempat tinggal mangsa manakala pemeriksaan di sekitar tempat kejadian juga didapati tiada sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

“Hasil temubual awal yang dijalankan terhadap beberapa penduduk sekitar juga menemukan jawapan tidak membantu berikutan kesemua jawapan yang dikemukakan menyatakan mereka tidak mengenali mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke bahagian Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk ujian COVID-19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.

“Siasatan lanjut diteruskan untuk mengenalpasti identiti serta keluarga mangsa dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

  • oleh
  • Advertisement