Anda di sini

Kolaborasi PKK, 21 rakan industri bantu silibus kekal relevan

Advertisement
 Dullah merakamkan gambar kenangan bersama kesemua wakil rakan industri.
KENANGAN: Dullah merakamkan gambar kenangan bersama kesemua wakil rakan industri.

KOTA KINABALU: Kolaborasi Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bersama 21 rakan industri membantu memastikan silibus selain kurikulum ditawarkan di PKK kekal relevan serta selari dengan perubahan teknologi semasa.

Pengarah PKK Dullah Muluk berkata kolaborasi  dilakukam melalui majlis menandatangani Certficate of Collaboration (CoC) bersama 19 rakan industri dalam negara dan 2 rakan industri daripada luar negara melalui Agreed Minutes of Meeting (AMM) daripada pelbagai sektor antaranya kejuruteraan, keusahawanan serta pelancongan dan hospitaliti.

“Kolaborasi ini merangkumi perkongsian kepakaran dan pelbagai usaha sama untuk kebaikan serta kemajuan kedua-dua pihak.

“Jalinan kolaborasi strategik ini turut membuka peluang kepada pelajar untuk membuat 

latihan industri dan projek tahun akhir di industri berkenaan.

“Pada masa yang sama, ia membuka peluang untuk syarikat memilih graduan yang 

berpotensi untuk terus diserap berkhidmat dengan agensi masing-masing,” katanya semasa berucap pada majlis terbabit.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Panel Penasihat Industri Politeknik Kota Kinabalu Datuk Ag. Buhtamam Ag. Mahmun merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn. Bhd. dan Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim.

  • oleh
  • Advertisement