
TAWAU: Sebanyak 2,000 set peralatan pembelajaran percuma dibawah program 'Jom Balik Sekolah' Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew akan disampaikan kepada keluarga B40 di sini pada Rabu dan Khamis lalu.
Sebagai permulaan, beliau menyampaikan 362 set peralatan pembelajaran itu kepada wakil-wakil setiap komuniti yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kemudahan itu kepada kanak-kanak di kawasan masing-masing.
"Sumbangan saya ini adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak bersekolah," katanya.
Christina menjelaskan para penerima juga berhadapan dengan cabaran berat untuk memenuhi keperluan pendidikan anak masing-masing.