Anda di sini

Christina dilantik Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat

Advertisement
 Christina (empat kiri) menerima sijil pelantikan daripada Christopher.
TERIMA KASIH: Christina (empat kiri) menerima sijil pelantikan daripada Christopher.

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew dilantik sebagai Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Wargatua Tawau Sabah (Baru).

Beliau menerima sijil pelantikan berkenaan daripada Pengerusi Christopher Chong ketika kunjungan beliau ke persatuan itu di Taman Guan Soon, Jalan Tanjung Batu Sri Tanjung pada Khamis.

"Saya dengan gembira menerima pelantikan ini, saya juga menyumbangkan RM2,000 kepada pertubuhan ini agar para jawatankuasa dan ahlinya dapat melaksanakan pelbagai aktiviti.

"Saya menggalakkan para warga emas tampil ke hadapan untuk memohon keahlian persatuan ini," katanya.

Dalam pada itu, Christopher berkata, persatuan berkenaan didaftarkan pada 21 November 2020 dan mempunyai 250 ahli yang terdiri daripada pesara kakitangan awam, guru-guru dan ahli-ahli perniagaan.

"Persatuan ini menawarkan ahli tempat menarik untuk beristirehat, bersosial dan banyak lagi," katanya.

  • oleh
  • Advertisement