Anda di sini

60 peserta wanita Sipitang sertai Program Psikososial Kembara Skuad Waja Negeri Sabah

Advertisement
 Siti Marnizah, Junaidah Makku dan Sylvia David Jaimun merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta yang menyertai Program Psikososial Kembara Skuad Waja Negeri Sabah yang diadakan di Sipitang baru-baru ini.
ALBUM: Siti Marnizah, Junaidah Makku dan Sylvia David Jaimun merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta yang menyertai Program Psikososial Kembara Skuad Waja Negeri Sabah yang diadakan di Sipitang baru-baru ini.



SIPITANG: Program Psikososial Kembara Skuad Waja Negeri Sabah anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS) bahagian Sipitang telah diadakan di Dewan Motel dan Rest House Kaka, baru-baru ini.


Program itu disertai kira-kira hampir 60 peserta wanita dan belia ini telah dirasmikan oleh  Penguasa Rumah Perlindungan Wanita (RUPAWAN) Kota Kinabalu, Siti Marnizah Abdul Rahim.

 
Antara program yang dijalankan termasuk taklimat dalam memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai isu-isu jenayah wanita, kemahiran, kraftangan manik dan penjanaan pendapatan serta Sambutan Hari Kemerdekaan.


Objektif program tersebut adalah bagi menggalakkan lebih ramai komuniti menyertai ejen Skuad WAJA (Wanita Anti Jenayah), selain memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dalam menangani isu keganasan dan membantu dalam membina masyarakat yang harmoni.


Penyelaras PERSIWAS Sipitang, Junaidah Makku @ Junn berharap lebih ramai penyertaan wanita pada anjuran akan datang di samping berganding bahu dalam membangun wanita dari segi pendapatan selain memberi impak positif terhadap kehidupan harian dari segi emosi dan sosial.


Beliau juga mengharapkan agar jabatan-jabatan berkaitan kerap turun ke kawasan bagi membantu memberikan latihan dan kemahiran kepada para wanita terutama di kawasan pedalaman.


Selepas program itu, pihak penganjur turut sempat menyantuni beberapa ibu tunggal dan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Lubang Buaya dan Kg Luagan dengan menyampaikan sedikit sumbangan.


Turut hadir Penaung Persatuan Kebajikan Wanita Sipitang (PKWS) Sylvia David Jaimun.


 

  • oleh
  • Advertisement