Anda di sini

SHEDA yakin mampu bina 2,500 rumah tahun ini

Advertisement

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) yakin dapat membina 2,500 unit rumah mampu milik pada tahun ini menerusi dasar, mekanisme dan insentif yang betul.

Presiden SHEDA, Augustine Wong berkata ia juga selaras dengan peruntukan kerajaan negeri menerusi Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS).

"Kerajaan Sarawak yang bermurah hati melanjutkan faedah HDAS kepada Rumah Mampu Milik Sri Pertiwi telah menggalakkan pemaju untuk mengambil bahagian secara sukarela dalam skim tersebut.

"Kami percaya bahawa kami akan melihat peningkatan dalam penyertaan oleh ahli SHEDA hasil daripada dasar yang adil dan berpandangan ke hadapan, atau langkah lain yang dikemukakan oleh kerajaan.

"SHEDA percaya bahawa pembinaan 2,500 unit Rumah Mampu Milik untuk rakyat Sarawak boleh dicapai dengan dasar, mekanisme dan insentif yang betul," katanya pada majlis Makan Malam Tahunan dan Anugerah Kecemerlangan 2022 SHEDA yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini pada Rabu malam.

Hadir sama majlis Timbalan Premier juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

 Abang Johari menyampaikan anugerah kepada pemenang sempena Anugerah Kecemerlangan 2022 SHEDA. Turut kelihatan Wong (dua kiri), Dr Sim (dua kanan) serta yang lain. 
Abang Johari menyampaikan anugerah kepada pemenang sempena Anugerah Kecemerlangan 2022 SHEDA. Turut kelihatan, Dr Sim dan Wong (dua kiri).

Wong berkata kini ramai pemaju menghadapi cabaran kerana kos pembinaan yang semakin meningkat.

Jelasnya sejak 2016 kos bahan mentah seperti aluminium dan tembaga meningkat dua kali ganda dan banyak komponen penting lain seperti bata, besi, kekuda bumbung dan UPVC juga telah meningkat dalam kos lebih 50 peratus.

"Kami dipengaruhi sebarang perubahan dalam mana-mana komponen sepanjang rantaian bekalan, daripada bahan mentah kepada kos penghantaran dan pengangkutan. Sebarang peningkatan kos di sepanjang rantaian bekalan ini oleh itu, meningkatkan kos pembinaan dan meningkatkan beban pemaju," katanya.

Pemaju dan industri pembinaan secara amnya juga menghadapi kekurangan buruh migran yang teruk. 

Ketidakpastian dalam pasaran mewujudkan gangguan dalam aliran kerja, mengurangkan produktiviti dan meningkatkan kos keseluruhan menjalankan perniagaan. 

"Jika keadaan ini berterusan, pemaju tidak akan dapat memenuhi sasaran dalam Perumahan Mampu Milik malah deposit HDAS tidak akan mencukupi. 

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pusat sedang memantau semua projek Perumahan Mampu Milik dan SHEDA ingin membentangkan angka yang menggalakkan bagi pihak Sarawak namun realitinya ialah langkah drastik untuk menangani kebimbangan ini diperlukan sekarang," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement