Anda di sini

Penunggang maut motosikal rempuh lori sampah

Advertisement
Mangsa maut di tempat kejadian setelah motosikal yang ditungganginya merempuh belakang lori sampah di KM5, Jalan Kubong petang Rabu.
Mangsa maut di tempat kejadian setelah motosikal yang ditungganginya merempuh belakang lori sampah di KM5, Jalan Kubong petang Rabu.

LIMBANG: Seorang penjawat awam maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori sampah di Kilometer 5, Jalan Kubong berhampiran Kampung Malagangai di sini, pada Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Nilly Tukang, 55 , yang berasal dari Sri Aman, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, ketika kejadian lori sampah terbabit sedang melakukan kerja memunggah menghala ke Kubong, manakala motosikal yang ditunggang mangsa daripada arah bandar Limbang juga menuju ke Kubong.
 
“Siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah daripada bandar Limbang dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori sampah terbabit dan terjatuh di laluan belakang lori sampah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Parum berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan dua kelindan lori yang bekerja memunggah sampah pada masa tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat  di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan  (APJ) 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement