Anda di sini

Mayat warga emas dijumpai terapung

Advertisement
Lokasi penemuan mayat mangsa.
Lokasi penemuan mayat mangsa.

KUCHING: Mayat seorang lelaki warga emas dijumpai terapung di Sungai Sarawak berhampiran Kampung No.6 di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, mayat lelaki berusia 80 tahun itu dijumpai orang awam sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, anggota dari Balai Polis Satok terus ke lokasi penemuan untuk menjalankan siasatan.

"Pihak polis telah mengenal pasti identiti mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah oleh ahli keluarga pada 9 Ogos lalu.

"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan yang mencurigakan dan keadaan mayat dalam proses pereputan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa masih lengkap berpakaian dan dompetnya juga ditemui di poket seluarnya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

"Proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian," katanya.

Polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan terus kepada polis," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement