Anda di sini

Lelaki cedera kereta terbabas rempuh tembok jalan

Advertisement
Mangsa diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian.
Mangsa diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

KUCHING: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut pada jam 3.25 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang segera ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas dan melanggar tembok jalan.

"Pemandu kereta berjaya keluar sendiri dari kereta dan dilaporkan mengalami kecederaan di badan dan kaki," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian oleh anggota paramedik JBPM Sarawak sementara menunggu ketibaan pihak ambulans.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Pasukan bomba seterusnya membuat pembersihan di lokasi kejadian dan balik ke balai bomba selepas mendapati keadaan selamat sepenuhnya.
 

  • oleh
  • Advertisement