Anda di sini

Dua lelaki cedera dalam kemalangan dua kereta

Advertisement
Keadaan di lokasi kemalangan.
Keadaan di lokasi kemalangan.

KUCHING: Dua lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sultan Tengah, Santubong hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.53 petang.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua kereta.

"Terdapat seorang mamgsa berusia 20-an tersepit di tempat duduk pemandu sebuah kereta dan pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

"Manakala pemandu sebuah lagi kereta berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak bomba turut dibantu oleh seorang pegawai perubatan 'off duty' yang kebetulan berada di tempat kejadian," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 petang.
 

  • oleh
  • Advertisement