Anda di sini

Objek disyaki serpihan roket China ditemui di ladang sawit di Pantu

Advertisement
Anggota operasi melakukan pengesan radioaktif ke atas serpihan roket tersebut.
Anggota operasi melakukan pengesan radioaktif ke atas serpihan roket tersebut.

KUCHING: Satu objek dipercayai serpihan roket negara China ditemui di sebuah ladang sawit di Pantu, Sri Aman hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata objek tersebut ditemui orang awam yang kemudian terus melaporkan kepada polis sekitar jam 11.56 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman terus ke lokasi untuk menjalankan operasi.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat serpihan logam roket negara China berwarna perak dan fizikal logam tersebut kelihatan kesan pecah.

"Bomba bersama polis kemudian membuat peninjauan dan juga pemantauan di kawasan serpihan logam tersebut sementara menunggu ketibaan Jabatan Kimia dan ATOM dari Kuching," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, operasi pengesanan radioaktif pada serpihan logam tersebut telah dilakukan oleh Jabatan Kimia bersama bomba.

"Setelah pengesanan dilakukan, didapati tiada kesan bahan radioaktif dan objek disahkan selamat untuk disentuh," katanya.

Objek tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Kimia dan polis untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement