Anda di sini

Manfaatkan media sosial untuk promosi produk jualan

Advertisement

MIRI: Penjaja dan peniaga kecil digesa untuk memanfaatkan media sosial sebagai platform alternatif bagi mempromosikan produk jualan mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus berkata penjaja dan peniaga kecil perlu kreatif dalam mengatur strategi pemasaran mereka.

"Media sosial mempunyai daya tarikan tersendiri. Kita amat menggalakkan para penjaja dan peniaga kecil ini untuk bijak memanfaatkan platform terbabit dalam mempromosikan produk masing-masing.

"Ini adalah salah satu cara untuk menarik minat orang ramai, selain membantu meningkatkan jualan produk anda," jelasnya pada Majlis Perasmian Komuniti Pasar Malam Bekenu, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pasar Malam Bekenu Rosmah Abdul Manan, Ketua Ahli Majlis Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Hatijah Sheikh Kassim dan ketua-ketua masyarakat.

Rosey memotong reben sambil disaksikan yang lain sebagai simbolik perasmian Komuniti Pasar Malam Bekenu, baru-baru ini.
Rosey memotong reben sambil disaksikan yang lain sebagai simbolik perasmian Komuniti Pasar Malam Bekenu, baru-baru ini.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu turut mengingatkan para penjaja dan peniaga kecil pasar malam berkenaan agar sentiasa menjaga kebersihan di persekitaran pasar terbabit.

Selain menjaga kebersihan kawasan pasar, Rosey turut menegaskan agar kebersihan makanan yang dijual juga menjadi keutamaan.

Usaha itu tambahnya adalah penting bagi memastikan pengurusan pasar malam adalah baik dan tidak mencemarkan imej pasar berkenaan.

Advertisement