Anda di sini

Joachim, MID lawat kilang teknologi IR4.0

Advertisement
 Joachim (dua kanan) mendengar taklimat daripada pengurusan syarikat Hexa Food Sdn. Bhd.
LAWAT: Joachim (dua kanan) mendengar taklimat daripada pengurusan syarikat Hexa Food Sdn. Bhd.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Joachim Gunsalam mengadakan lawatan kerja ke kilang memproses makanan Hexa Food Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Lawatan itu bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan teknologi dan aktiviti industri yang dijalankan oleh kilang tersebut.

Joachim bersama rombongan telah diberikan taklimat mengenai operasi dan teknologi yang digunakan oleh syarikat berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata hasil lawatan itu nanti boleh dikongsikan kepada kilang-kilang dalam industri yang sama di Sabah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan MID dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Sabah kerana telah menjayakan lawatan kerja ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden FMM Sabah, James Ha yang turut serta dalam lawatan itu berkata, Hexa Food adalah syarikat yang menggunakan teknologi Industrial Revolution 4.0 (IR4.0).

“Syarikat ini adalah pengeluar makanan tempatan​ yang mengeluarkan lebih seratus jenis rempah ratus, herba, perasa, pracampuran sedia untuk dimasak dan bahan perapan.

“Kita ingin melihat cara IR4.0 mengurus dan membantu syarikat ini daripada permulaan yang sederhana kepada syarikat pengeluaran automatik terkini serta memenuhi pasaran domestik dan eksport,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan; CEO POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Fredian Gan; Pengarah Urusan Sabah Ports Sdn Bhd, Datuk Ng Kiat Min; Presiden FSI, Richard serta pegawai-pegawai MID.

  • oleh
  • Advertisement