Anda di sini

SAR remaja dihanyutkan kepala air masuk hari keempat

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja berumur 17 tahun yang hilang selepas dihanyutkan ‘kepala air’ di Borneon Timber, Jalan Tulid, Sook di sini masuk hari keempat semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata operasi dimulakan seawal  jam 8 pagi.

Katanya SAR dilaksanakan pasukan bomba dengan kerjasama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan unit anjing pengesan (K9).

“SAR dijalankan meliputi keluasan 10 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan dengan membabitkan kekuatan seramai 15 anggota dan pegawai serta dibantu pelbagai agensi penyelamat lain.

“Sepanjang operasi dijalankan, pasukan bomba masih gagal menemukan sebarang petunjuk yang boleh membantu kepada penemuan mangsa,” katanya.

Beliau berkata operasi yang dijalankan kelmarin ditangguhkan pada jam 6 petang berikutan cuaca gelap.

Terdahulu dalam kejadian jam 7 malam pada 6 Ogos lalu itu berlaku apabila mangsa Kenn Mohd Alfiandar Angkorou @ Abdula dilaporkan bersama tiga lagi keluarga termasuk bapanya cuba menyeberangi sungai terbabit.

Air sungai kemudiannya bertukar deras secara tiba-tiba sebelum menghanyutkan keempat-empat mangsa.

Tiga daripada mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri manakala Kenn gagal ditemukan sehingga kini.

  • oleh
  • Advertisement