Anda di sini

Sabah rekod 285 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 285 kes baharu COVID-19 hari ini dengan pertambahan 40 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peningkatan kes baharu hari ini sejajar dengan pertambahan sampel ujian. 

"Jumlah sampel ujian hari ini ialah 3,189 berbanding hanya 2,198 pada hari sebelumnya. 

"Kadar positiviti masih tinggi iaitu 11.35 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, lapan daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka termasuk Kota Kinabalu.

Katanya, antara daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu ialah Lahad Datu 22 kes (+19), Tuaran 19 kes (+11), Keningau 12 kes (+9), Sipitang 7 kes (+7) dan Ranau 8 kes (+6).

"Kota Kinabalu dengan 92 kes turun sembilan kes dan Beaufort turun lima kes dengan hanya mencatatkan satu jangkitan baharu. 

"Lima daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu," katanya.

Menurutnya, sebanyak 281 daripada 285 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, satu kes dalam Kategori 3 dan tiga kes dalam Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement