Anda di sini

Robert tinjau aduan penduduk bagi memastikan kejadian banjir dapat dikurangkan

Advertisement
 Robert (empat kanan) meninjau permasalahan perparitan di Gerai Bayayo Kg Kumawanan, Bingkor.
TURUN PADANG: Robert (empat kanan) meninjau permasalahan perparitan di Gerai Bayayo Kg Kumawanan, Bingkor.



KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik bertindak pantas dalam memastikan urusan rakyat dikawasannya tidak terjejas dan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin.

 
Kelmarin, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya bergegas ke kawasan Gerai Bayayo di kampung Kumawanan Bingkor sebaik saja menerima aduan penduduk setempat mengenai permasalahan berkaitan saliran anak sungai dan perparitan yang sering melimpah menyebabkan banjir kilat sering berlaku di kawasan premis dan kediaman penduduk terbabit.


“Penyelasaian yang akan dibuat ialah mengubah struktur perparitan sedia ada agar limpahan air dapat dikurangkan.
“Manakala pihak JKR akan melakukan kajian mengenai pembinaan sistem perparitan di kawasan  bermasalah bagi memastikan kejadian seumpamanya dapat dikurangkan, “ kata Robert ketika ditemui pemberita.


Turut hadir Jurutera Jurutera Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Daerah Keningau Ir. Dachord Moujing; Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Keningau Miafarah Datali; Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Daerah Keningau,  Callixtus Osoi; Penolong Pegawai Daerah (ADO Pembangunan) Keningau Esther Micheal Sutili @Norhafizah; Jurutera Lintasan Resources Sdn Bhd (LRSB); Jurutera Konsesi Globinaco; Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau Lectus Fung; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) PPM Bingkor Junior Fred Vincent Marukau dan petugas Pejabat UPPM dan ADUN Bingkor.

  • oleh
  • Advertisement