Anda di sini

Peraduan redONE Senang Menang Merdeka tawar hadiah bernilai RM65,000

Advertisement
Peraduan redONE Senang Menang Merdeka memberikan hadiah bernilai RM65,000.
Peraduan redONE Senang Menang Merdeka memberikan hadiah bernilai RM65,000.

KUALA LUMPUR: redONE Network Sdn Bhd (redONE), pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN sedang meraikan bulan Merdeka bersama pelanggannya dengan memberi hadiah bernilai RM65,000 kepada pemenang bertuah dalam peraduan redONE Senang Menang Merdeka. 

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Farid Yunus berkata, dalam menyambut ulang tahun ke-10 redONE tahun ini, pihaknya ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan dan semua rakyat Malaysia yang telah menyokong redONE. 

“Kami akan terus berusaha menghasilkan perkhidmatan dan inisiatif lebih baik yang mengujakan masyarakat seperti peraduan redONE Senang Menang Merdeka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pelanggan yang mendaftar talian baharu atau port-masuk ke redONE Postpaid pada pelan minimum RM8 antara 1 hingga 31 Ogos 2022 akan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk motosikal Yamaha NMAX dan Lagenda 115z, iPhone 13, iPad 10.2, baucar beli-belah AEON dan banyak lagi. 
 
Pada tahun ini, redONE juga meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dan kempen ini bertujuan mewujudkan keterujaan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi peraduan ringkas serta bermanfaat ini, selaras dengan slogan syarikat ‘Back to Basics’. 

Pelan redONE Postpaid direka bentuk dengan simplisiti yang menawarkan pelan mampu milik yang berbaloi kepada pelanggan. 

Pelan Amazing38 yang baharu dilancar menawarkan 38GB data dan panggilan tanpa had pada hanya RM38 sebulan.

Manakala pelan Amazing58 menawarkan 65GB data dan panggilan tanpa had pada RM58 sebulan. 

Pilihan lain yang popular ialah pelan data dan panggilan tanpa had Hybrid50U yang berharga hanya RM50 sebulan. 

Pelan-pelan ini adalah tanpa kontrak dan boleh didaftarkan melalui proses Pendaftaran Sendiri Digital OnBoarding redONE atau di mana-mana rakan niaga jualan redONE di seluruh negara.
 
Pelan-pelan redONE Postpaid boleh didapati di semua rakan niaga redONE di seluruh negara atau melalui pendaftaran sendiri di redONE.com.my

Advertisement