Anda di sini

Penampilan pertama Han Loong di Kejohanan Taekwondo Terbuka Antarabangsa Klasik CK

Advertisement
 Pasukan taekwondo Kelab Han Loong bersama penaja pakaian, Nicole Chaw (berdiri empat dari kiri).
SEDIA: Pasukan taekwondo Kelab Han Loong bersama penaja pakaian, Nicole Chaw (berdiri empat dari kiri).

KOTA KINABALU: Kelab Taekwondo Han Loong Sabah yang baru ditubuhkan bakal membuat penampilan pertama pada Kejohanan Taekwondo Terbuka Antarabangsa Klasik CK 2022 ke-14.

Kejohanan itu akan berlangsung di Stadium Juara Kompleks Sukan Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 11 hingga 14 Ogos depan.

Han Loong yang mewakili Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah (WTF) pada kejohanan selama empat hari itu, menyenaraikan 10 atlet.

Atlet itu terdiri dari empat lelaki dan enam perempuan.

Atlet lelaki ialah Emmanuel Christopher Jr, Kelvin Chaw, Noah Gabriel Wilfred dan Joel Veritinus.

Atlet perempuan pula terdiri daripada Nathalie Abigail, Zulaikha Amira, Verity Veritinus, Yong Feng Yue, Arissa Muhamad Ismail dan Eva Bernadette Wilfred.

Atlet kelab itu mendapat bimbingan beberapa jurulatih seperti Master Ervin Ambu, Wong Yuet Lin dan Emmanuel Siaw.

Kelab Han Loong dalam satu kenyataan semalam memberitahu mereka sudah membuat persiapan dan bersedia memberikan yang terbaik pada kejohanan itu.

“Kami harap dapat membawa balik pingat, tidak kiralah apa warna.

“Kami juga mendapat suntikan moral dengan tajaan baju sumbangan Nicole Chaw,” katanya.

Pasukan kelab itu dijadualkan berangkat ke kejohanan pada 11 Ogos.

  • oleh
  • Advertisement