Anda di sini

Telegram peribadi Ismail Sabri digodam, abai mesej diterima 

Advertisement
KUALA LUMPUR: Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter turut meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” menurut ciapan itu. - BERNAMA

Advertisement