Anda di sini

Sarawak hargai kebebasan buat sebarang keputusan sendiri dalam bawa kemajuan

Advertisement
Abang Johari (dua kiri) mengiringi Ismail Sabri (tengah) untuk menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada beberapa penerima pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Perayaan, Petra Jaya semalam. Turut kelihatan, Fadillah (dua kanan). - Gambar Roystein Emmor
Abang Johari (dua kiri) mengiringi Ismail Sabri (tengah) untuk menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada beberapa penerima pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Perayaan, Petra Jaya semalam. Turut kelihatan, Fadillah (dua kanan). - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak menghargai kebebasan dalam membuat sebarang keputusan sendiri dalam membawa kemajuan sekali gus menjadikan Sarawak setanding kawasan maju yang lain di negara ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana sekiranya Sarawak maju, negara Malaysia turut maju.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang besar, beliau percaya pemimpin di negara ini ingin melihat Sarawak berjaya dalam pembangunan.

"Saya pasti Perdana Menteri dan pemimpin di peringkat keluarga besar ingin melihat keluarga kecil Sarawak juga berjaya dalam apa jua program pembangunan yang dilaksanakan serta memberi tumpuan kepada hala tuju ekonomi.

"Perkara ini sekali gus akan mengangkat status Sarawak kepada ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Perayaan, Petra Jaya di sini semalam.

Majlis disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadir sama, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan ahli kenamaan yang lain.

Sarawak, katanya melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, telah mengorak langkah ke arah ekonomi yang dicorakkan oleh kemajuan teknologi, kelestarian sumber dan usaha dunia menangani perubahan iklim.

Sehubungan itu, usaha melakukan keputusan sendiri dalam membawa kemajuan negeri ini sentiasa dihargai oleh pemimpin dari Sarawak.

Advertisement