Anda di sini

Program MEITD MySTEM INNOVATION CHALLENGE @Sarawak dipanjangkan ke Sibu dan Miri

Advertisement
Sagah (tengah) menunjukkan tanda 'kasih' bersama para pemenang pertandingan MEITD MySTEM INNOVATION CHALLENGE @Sarawak di YSISS, Petra Jaya semalam. - Gambar Roystein Emmor
Sagah (tengah) menunjukkan tanda 'kasih' bersama para pemenang pertandingan MEITD MySTEM INNOVATION CHALLENGE @Sarawak di YSISS, Petra Jaya semalam. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak bakal memanjangkan pelaksanaan program MEITD MySTEM INNOVATION CHALLENGE @Sarawak ke Sibu dan Miri.

Bagaimanapun Menterinya Datuk Roland Sagah Wee Inn tidak menyatakan bila ia akan dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 400 pelajar di kedua-dua kawasan terbabit.

"Tetapi program yang hampir serupa dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan turut dilaksanakan di bahagian-bahagian lain di Sarawak," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan MEITD MySTEM INNOVATION CHALLENGE @Sarawak yang diadakan di Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) semalam.

Beliau berkata falsafah tersebut bermaksud platform pembelajaran tidak formal mesti diwujudkan untuk mencapai literasi saintifik dalam kalangan awam.

Jika kita tidak berjaya membina budaya seperti itu hari ini, anak-anak kita yakni rakyat pada masa depan akan gagal menyumbang secara bermakna kepada ekosistem, katanya.

Justeru tambah Sagah lagi, kementeriannya telah mewujudkan banyak aktiviti di luar bilik darjah berkenaan STEM untuk para pelajar dan guru dalam kurikulum sains di sekolah masing-masing.

Sementara itu, guru-guru juga sedang berusaha menambah baik TPACK, Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi STEM dan Kemahiran Teknologi Digital Guru Menggunakan AR and VR.

MEITD MYSTEM INNOVATION CHALLENGE @Sarawak telah diperkenalkan kepada pelajar Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS), Petra Jaya, Politeknik Kuching Sarawak, Sekolah Menengah Sains Kuching and Sekolah Menengah Sains Kuching Utara. 

Program itu melibatkan 200 pelajar sekolah menengah rendah dan 32 fasilitator dalam kalangan guru YSIS, SMS Kuching dan SMS Kuching Utara serta pensyarah Politeknik Kuching Sarawak.

Pelaksanaan program MEITD MySTEM INNOVATION CHALLENGE itu terdiri daripada tiga fasa, iaitu pembinaan ilmu, membangunkan projek STEM dan cabaran inovasi STEM.

Pendekatan pembelajaran program ini menekankan empat elemen: STEM, English, Arts dan Revolusi Industri Ke-4 dan boleh dipanggil program STEM Bersepadu.

"Kita mahu memuji usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari segi proses melakukan kerja secara fizikal pada perkakasan kepada pelajar dalam pakej STEM.

"Juga memberi mereka pengalaman untuk mencipta supaya mereka menjadi lebih inovatif dan dari situ kita akan melihat bakat untuk masa depan," jelasnya.

Turut hadir Pegawai Tadbir MEITD mewakili Setiausaha Tetap MEITD Datu Kameri Affandi, Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif YSISS Dr Eliza Fazliyaton, Pengetua YSISS Bahtiar Afandi dan Angkawasan Malaysia Datuk Dr Sheikh Muszafar Shukor. 

Advertisement