Anda di sini

UMNO Sabah sudah sedia hadapi lawan PRU15

Advertisement
 Yakub (empat kiri) ketika merasmikan karnival tersebut.
RASMI: Yakub (empat kiri) ketika merasmikan karnival tersebut.

TAWAU: Barisan Nasional (BN) dan Umno Sabah kini sudah bersiap sedia dari semua sudut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Yakub Khan berkata BN dan Umno Sabah hanya menunggu arahan untuk turun ke gelanggang menentang pihak lawan yang bakal dihadapi.    

Katanya, jentera Umno Sabah sudah bersedia untuk menghadapi PRU15 dan segala persiapan sudah diatur dengan baik di semua bahagian.

“Berhubung dengan jumlah kerusi yang bakal ditandingi, kita akan tunggu dan ia akan diumumkan,” katanya berkata ketika ditemui ketika merasmikan Karnival Kerjaya Perdana Peringkat Daerah Tawau 2022, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, isu penarikan sokongan dalam kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanya bersifat khabar angin dan belum ada keputusan sahih mengenainya.

“Kita mendapat maklumat kononnya PN ini akan menarik sokongan daripada kerajaan tetapi setakat ini belum ada mesyuarat khas yang dilaporkan untuk membuat keputusan daripada pihak PN itu sendiri.

“Jadi apa yang kita dapat hanya khabar melalui media sosial, justeru kita tunggu apa yang berlaku seterusnya sama ada perkara tersebut benar atau sebaliknya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement