Anda di sini

Sabah rekod 265 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 265 kes baharu COVID-19 hari ini dengan hanya berkurangan sebanyak dua kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan kes harian dan 10 daerah mencatat pertambahan. 

"Tujuh daerah merekodkan jangkitan dua angka, Kota Kinabalu merekodkan angka jangkitan tertinggi dengan 91 kes, Sandakan 45 kes, Tawau 28 kes, Tuaran 22 kes, Putatan 15 kes, Papar 13 kes dan Penampang 13 kes.

"Enam daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan kadar positiviti masih tinggi iaitu 11.69 peratus dengan jumlah sampel ujian 2,472 hari ini, berbanding 11.93 peratus dengan 2,522 sampel ujian pada hari sebelumnya.

Katanya, ia bermaka angka kes harian dijangka akan terus berada pada paras yang tinggi.

"Sebanyak 259 daripada 265 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3 dan empat kes dalam Kategori 4," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement