Anda di sini

PSB tidak sepatutnya meletak calon di kerusi ditandingi DAP 

Advertisement
Chong bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP di Kuching. 
Chong bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP di Kuching. 

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak sepatutnya meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum  (PRU) akan datang. 

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata ini kerana jika dua parti ini bekerjasama, perlu ada persefahaman hanya seorang calon daripada satu parti bagi kerusi berkenaan. 

“Menurut Alice Lau, ketua pasukan rundingan DAP dengan PSB dan daripada apa yang saya dengar, PSB mahu bertanding di salah satu kerusi kami. 

“Kami sudah mempunyai wakil dipilih, jadi saya rasa jika kami mahu bekerjasama, tidak perlu rundingan mengenai siapa yang akan bertanding di kerusi di mana DAP bertanding,” katanya ketika ditemui selepas satu majlis di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini hari ini.

Ujar Chong lagi, jika DAP tidak meletakkan calon di mana PSB bertanding, maka PSB juga harus berbuat perkara yang sama.

Sebagai contoh kerusi Parlimen Lubok Antu dan Selangau katanya, kedua-dua kerusi itu harus ditandingi PSB pada PRU akan datang. 

Oleh kerana Selangau adalah kerusi bagi PSB kata Chong, maka DAP tiada hasrat untuk bertanding di sana begitu juga dengan Lubok Antu. 

Ini kerana beliau percaya, ia hanya adil untuk calon yang menang pada pilihan raya lepas diberi peluang sebagai calon di kerusi yang disandangnya. 

“Tetapi setakat ini PSB menuntut untuk bertanding di kerusi kami dan saya tidak rasa kami dapat memenuhi perminataan PSB ini. 

“Kami akan adakan satu lagi pusingan rundingan dengan PSB dan parti-parti pembangkang yang lain,” kata Chong. 

Advertisement