Anda di sini

Penyertaan Willie dalam PBB baik untuk masa depan komuniti Bidayuh, kata Minos

Advertisement
 

KUCHING: Penyertaan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baik untuk masa depan komuniti Bidayuh pada masa kini dan akan datang. 

Veteran PBB Dato Peter Minos berkata sudah terlalu lama sejak 1963, komuniti Bidayuh berpecah belah dari segi politik sekali gus melemahkan Bidayuh daripada semua aspek. 

"Dari segi politik, komuniti Bidayuh mesti bersatu dalam parti berasaskan kerajaan seperti PBB atau kumpulan politik seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memainkan peranan bermakna dalam hidup mereka.

"Jika berpecah dan bukan dalam kerajaan, ini akan menjadi bencana kepada mereka (Bidayuh)," kata Minos sebagai mengulas mengenai Willie yang diterima menyertai PBB. 

Tambah Minos, adalah baik untuk melihat semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bidayuh kini dalam GPS, enam dalam PBB dan masing-masing seorang dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). 

Manakala dua ahli parlimen Bidayuh kini dalam GPS, seorang dalam SUPP dan seorang dalam PBB (Willie baharu diterima masuk).

Seorang lagi ahli parlimen Bidayuh (Mordi Bimol) yang menang pada 2018 dalam DAP. 

"Masa lalu adalah masa lalu. Begitulah politik. Sesetengah di kerusi Puncak Borneo mungkin lebih suka sebaliknya tetapi faktor utama ialah semua ahli parlimen dan ADUN Bidayuh  berada dalam GPS dan dalam kerajaan.

"Juga, sebaik sahaja pemimpin PBB membuat keputusan selepas semua faktor dipertimbangkan sepenuhnya adalah yang terbaik untuk semua yang benar-benar cinta PBB  untuk mengikut dan patuh.

"Itu adalah cara dan budaya PBB untuk parti sentiasa kuat dan  bersatu," kata Minos.
 

  • oleh
  • Advertisement