Anda di sini

PBB umum 20 Ahli MT baharu bagi sesi 2022 hingga 2025

Advertisement
 

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam mengumumkan senarai 20 Ahli Majlis Tertinggi (MT) baharu parti itu bagi sesi 2022 hingga 2025.

Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara MT yang dilantik ialah Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Mohd Naroden Majais (bekas ADUN Gedong), ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip dan ADUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh.

“Antara ahli MT lain ialah Senator Dr Nuing Jeluing,  Abdul Yakub Arbi (ADUN Balingian), Mohamad Chee Kadir (ADUN Kabong), Lukanisman Awang Sauni (Ahli Parlimen Sibuti), Ahmad Johnie Zawawi (Ahli Parlimen Igan), Hajis Japar, Nelson Kloni, Paulus Dandee Banyang, Collin Patan, Bell Bernard Agan, Jawan Nyaun, Kaunselor Asem Linkin, Barabas Kulor Kaoz Djunior, Asiang Gihep dan Henry Kilah Talek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini, semalam.

Manakala, Pengerusi Tetap PBB, Abang Johari berkata, adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asia Awang Nassar.

“Setiausaha Agung PBB pula ialah Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Ahli Parlimen Kapit) dan Timbalan Setiausaha Agungnya Dato Ibrahim Baki (ADUN Satok),” katanya.

Penolong-penolong Setiausaha Agung ialah Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (ADUN Samariang), Datuk Hasbi Habibollah (Ahli Parlimen Limbang), Datuk Hamzah Ibrahim, Martin Ben (ADUN Kedup) dan Maurice Joannes Giri.

“Bendahari parti PBB adalah Mohamad Yaman Abdul Hamid, Penolong Bendahari Dr Ripin Lamat (ADUN Lambir), manakala Ketua Penerangan Datuk Idris Buang (ADUN Muara Tuang) dan Penolong Ketua Penerangan ialah Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau).

“Inilah mereka yang telah dilantik mengikut perlembagaan parti, sementara penasihat udang-undang kita ialah Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah,” ujarnya.

Mengenai lantikan tambahan ahli MT daripada sayap wanita dan pemuda parti, Abang Johari berkata, ia akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Advertisement