Anda di sini

Nadrah wanita pertama Sarawak menangi pingat emas dalam Dota 2

Advertisement
Nadrah (dua kiri) bersama rakan sepasukan, Grills Gaming eSport merakam kenangan sebaik dinobat juara. - Gambar Global Esports Federation
Nadrah (dua kiri) bersama rakan sepasukan, Grills Gaming eSport merakam kenangan sebaik dinobat juara. - Gambar Global Esports Federation

KUCHING: Nadrah ‘Nada’ Saufi dari Sibu muncul wanita pertama dari Sarawak memenangi pingat emas dalam Dota 2 selepas pasukannya mengalahkan pasukan England alam Kejohanan Esports Komanwel (CEC) 2022 malam tadi.

Nadrah bersama pasukannya Stephanie ‘Auroraa’ Lim (Captain), Wong ‘HG’ Wei Sian, Bette ‘iStarx’ Chia and Tan ‘Shizuma’ Lyn Xhin dalam pasukan Grills Gaming eSports yang mewakili Malaysia, menjuara kejohanan itu dengan rekod cemerlang selepas mara ke final dengan kiraan mata dua berbalas kosong.

Lebih bermakna, Nadrah dan rakan sepasukannya mencipta sejarah apabila muncul CEC Dota 2 Wanita pertama memenangi pingat emas.

Menurut pengurus mereka, Tiffani ‘Babyoling' Lim, sebaik lagu Negaraku dinyanyikan di atas pentas, beliau mula mengimbau kembali laluan berliku serta cabaran demi cabaran dihadapi mereka untuk sampai ke tahap kecemerlangan dicapai kini.

"Rata-rata ahli pasukan telah lama bersaing (dalam sukan ini), lebih sedekad. Saya sering berasa sedih kerana tidak banyak perhatian dan peluang diberikan kepada pemain-pemain wanita, untuk mereka melakar lebih banyak kejayaan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tiffani berkata beliau amat gembira kerana kejohanan itu menjadi platform untuk mereka mempamerkan kemahiran dalam sukan tersebut pada masa sama berharap lebih banyak kejohanan seumpama itu diadakan.

Advertisement