Anda di sini

MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan ditamatkan

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11 malam, 5 Ogos lepas bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penamatan itu susulan keadaan cuaca di Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka bertambah baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia serta boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia ditalian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - BERNAMA 

Advertisement