Anda di sini

Christina kekal Pengerusi PH Sabah

Advertisement
 Anwar (tiga kiri), Christina (dua kiri) ketika dalam pertemuan berkenaan.
BINCANG: Anwar (tiga kiri), Christina (dua kiri) ketika dalam pertemuan berkenaan.

KOTA KINABALU: Datuk Christina Liew kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah selepas keputusan sebulat suara dicapai dalam satu mesyuarat di sini.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PH Pusat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perjumpaan khas yang bersama semua Ketua Cabang Negeri di sini, kelmarin.

Setiausaha PH Sabah Mustapha Sakmud berkata, PH Sabah juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Cabang Keningau Datuk Sangkar Rasam kerana dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu.

"Perlantikan ini dibuat secara sebulat suara setelah sesi konsultasi dibuat oleh Presiden dengan semua Ketua-ketua Cabang yang hadir. 

"Anwar juga memberi jaminan dan mengumumkan bahawa Christina kekal sebagai Pengerusi PH Sabah untuk mengetuai jentera Pilihanraya PH menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 yang dijangka tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mustapha berkata, Anwar menekankan bahawa Pengerusi PH perlu dikekalkan kerana tidak mahu proses rundingan Kerusi dan pemantapan jentera PH terjejas menjelang PRU15.

"Semoga gandingan mantap Christina selaku Pengerusi PH, Naib Presiden Pusat Ag. Husaini Ag. Sahari dan Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah diharap dapat memantapkan jentera PH Sabah bersama parti-parti komponen DAP, UPKO dan Amanah," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement