Anda di sini

Wanita sesak nafas, sakit perut semasa mendaki Gunung Kinabalu

Advertisement
 Pasukan MOSAR membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.
CEDERA: Pasukan MOSAR membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.

RANAU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) berjaya memberikan bantuan kepada seorang pendaki wanita yang mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian perut kanan semasa dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 3.30 petang itu membabitkan pendaki warga tempatan semasa berada di Kilometer 2.5 Gunung Kinabalu.

“Bertindak dengan kejadian, pasukan MOSAR segera ke lokasi dan memberikan rawatan awal kepada mangsa dengan bantuan pihak Malim Gunung dan kakitangan Taman-Taman Sabah.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung dan dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Katanya operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.25 petang.

  • oleh
  • Advertisement