Anda di sini

SK Biah terima sumbangan Robert

Advertisement
 Zakaria (kiri) yang mewakili Robert menyerahkan sumbangan itu kepada Rozy di Pejabat UPPM Bingkor.
SAMPAIKAN: Zakaria (kiri) yang mewakili Robert menyerahkan sumbangan itu kepada Rozy di Pejabat UPPM Bingkor.



KENINGAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Biah Keningau menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik bagi pembiayaan pembelian vest Pengawas Pusat Sumber Sekolah tersebut.


Penyelia Masyarakat UPPM Bingkor Zakaria mewakili Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyerahkan sumbangan tersebut kepada Guru Pusat Sumber SK Biah, Cikgu Rozy Yanti C Madis di Pejabat UPPM Bingkor.


Rozy ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut.


"Dengan sumbangan yang diberikan oleh Robert ini, sudah tentu pihak sekolah dapat merealisasikan pembelian vest tersebut untuk para pengawas Pusat Sumber sekolah kami.


"Ini juga akan memberi motivasi dan semangat kepada para pengawas pusat sumber sekolah untuk terus komited menjalankan tugas mereka sebagai pengawas pusat sumber sekolah, " katanya.

Advertisement