Anda di sini

Russel terlepas final 200m di Birmingham

Advertisement
 

BIRMINGHAM: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib (gambar), terlepas tempat dalam acara akhir 200 meter (m) lelaki selepas mencatatkan masa yang lebih perlahan pada separuh akhir berbanding pusingan pertama di Sukan Komanwel 2022 Birmingham, di sini, semalam.

Russel, yang melakukan penampilan sulung di temasya tersebut, merakamkan 21.32 saat (s) untuk menamatkan saingan separuh akhir di tempat keenam di Stadium Alexander.

Pelari England, Zharnel Hughes, memenangi acara itu dengan catatan masa 20.32s.

Hanya dua pelari terpantas dalam setiap separuh akhir dan dua terpantas keseluruhan pada ketiga-tiga separuh akhir itu layak ke final, Sabtu (6 Ogos).

Pada pusingan pertama kelmarin, Russel, berdarah kacukan Malaysia-Australia, mencatatkan 21.13s untuk menduduki tempat kedua pada saringan ketujuh.

Bagaimanapun,catatan masa beliau adalah jauh daripada 20.77s, iaitu rekod kebangsaan miliknya,  dicipta pada Kejohanan Trek Klasik Oueensland di Australia pada 2019. - BERNAMA
 

Advertisement