Anda di sini

PML UMS anjur aktiviti menaiki Buggy Car

Advertisement
 Murid-murid dibawa menaiki Buggy Car ke IBTP UMS.
MELAWAT: Murid-murid dibawa menaiki Buggy Car ke IBTP UMS.

KOTA KINABALU: Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi pendedahan tentang dunia persekitaran kepada murid-murid berumur tiga sehingga sembilan tahun melalui aktiviti menaiki Buggy Car baru-baru ini.

Menurut kenyataan PML, kesemua murid dibawa ke Institut Biologi Tropika dan Pemulihan (IBTP) UMS selain menyaksikan keindahan pemandangan di universiti tersebut.

“Ia juga sebagai satu usaha mendorong murid untuk mengawal emosi semasa berada di luar serta menggalakkan murid-murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi.

“Ia sekali gus mencetuskan minat dan keseronokan serta memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan menghargai dunia persekitaran,” demikian menurut kenyataan itu di sini, kelmarin.

Aktiviti menaiki Buggy Car tersebut turut diiringi lima guru dari PML. Hadir sama, penyelia aktiviti, Mohd Syahzani Jumil.

Untuk rekod, PML merupakan sebuah pusat di UMS yang menawarkan perkhidmatan program tadika, taska, daycare dan program transit kepada anak-anak warga kakitangan universiti berkenaan.
 

Advertisement