Anda di sini

Penurunan kes positif disebabkan sampel ujian rendah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 267 kes positif COVID-19 di Sabah semalam iaitu 48 kes lebih rendah berbanding jumlah hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata faktor yang menyebabkan penyusutan besar kes positif adalah daripada angka sampel ujian yang jauh lebih rendah.

“Jumlah sampel ujian kelmarin ialah 3,003 tetapi ianya berkurang kepada 2,522 semalam dan menjadikan kadar positif semalam mencecah 11.92 peratus iaitu jumlah yang lebih tinggi daripada kadar kelmarin iaitu 11.16 peratus. 

“Sekiranya angka sampel ujian semalam adalah sama dengan jumlah kelmarin, maka angka kes positif pasti lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata lapan daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 71 kes, Sandakan 28 kes, Penampang 25 kes, Tawau 25 kes, Papar 20 kes, Putatan 20 kes, Tuaran 14 kes dan Lahad Datu 11 kes.

“Empat daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu iaitu Tongod, Telupid, Pitas, dan Kalabakan. 

“Ranau menampakkan trend peningkatan jangkitan harian dengan tujuh kes baharu dengan pertambahan lima kes dan secara purata 82.4 peratus daripada semua kes baharu di Sabah adalah melalui jangkitan sporadik,” katanya.

Menurutnya 259 daripada 267 kes yang direkodkan di Sabah adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tujuh kes dalam Kategori 3 dan satu kes bagi Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement