Anda di sini

Penstrukturan semula sistem semua Dewan Suarah sedang dikaji

Advertisement
Abdul Karim (dua kanan) bercakap pada sidang media selepas merasmikan MATTA Fair 2022 di Boulevard Shopping Mall hari ini.
Abdul Karim (dua kanan) bercakap pada sidang media selepas merasmikan MATTA Fair 2022 di Boulevard Shopping Mall hari ini.

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan sedang melakukan kajian dan penstrukturan semula keseluruhan sistem menerusi maklum balas daripada semua Dewan Suarah di Sarawak.

Demikian menurut Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditanya mengenai penambaikan kepada Dewan Suarah Kuching di sini.

"Ini bukan sekadar Dewan Suarah Kuching tetapi semua Dewan Suarah di setiap bahagian di Sarawak. 

"Kami masih membuat kajian dan perlu membuat anggaran kos untuk naik taraf dan pembaikan kerana banyak yang rosak.

"Masalah terbesar kami ialah penyelenggaraan tempat ini dan Dewan Suarah sebelum ini mempunyai kakitangan yang dahulunya dipinjam daripada agensi lain," katanya pada siding media hari ini.

Abdul Karim sebelum itu merasmikan pembukaan pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Fair 2022 di Boulevard Shopping Mall, di sini.

Menurutnya, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan mengambil alih semua Dewan Suarah di negeri ini daripada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak pada waktu itu.

Ujarnya, selepas penyelenggaraan terhadap semua Dewan Suarah berkenaan, maka acara keramaian dan program kemasyarakatan boleh dilakukan dalam keadaan yang lebih kondusif.

“Sesetengahnya mempunyai beberapa peranan untuk dimainkan dan kami masih melihat bagaimana kami mahu Dewan Suarah ini turut dijadikan galeri yang mana kita masih menelitinya.

"Pada tahun sebelumnya jumlah peruntukan untuk penyelenggaraan Dewan Suarah sangat kecil, ia tidak mencukupi. 

"Ia akan mengambil sedikit masa," jelasnya.

Turut hadir Pengerusi STB Dennis Ngau, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Hii Chang Kee, Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang dan Pengerusi MATTA Sarawak Oscar Choo serta Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor.
 

  • oleh
  • Advertisement