Anda di sini

Lelaki ditahan, disyaki cederakan bekas teman wanita guna parang

Advertisement
 

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP  Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 48 tahun terbabit ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD pada petang Khamis.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah rumah sewa di Jalan Teng Kung Suk ketika mangsa yang berusia 35 tahun berada di dalam bilik sewanya didatangi oleh suspek yang bertindak menendang pintu hingga terbuka.

"Suspek bertindak mengacukan parang ke arahnya sambil mengugut untuk membunuh mangsa sebelum satu pergelutan tercetus antara mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pergelutan itu, mangsa telah mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan belakang badannya.

Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap suspek di sebuah rumah di sini pada jam 4.30 petang Khamis.

Menurut Zulkipli, suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 9 Ogos bagi membantu siasatan kes di bawah seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.
 

  • oleh
  • Advertisement