Anda di sini

Kerajaan negeri akan beri insentif kepada atlet menang pingat emas

Advertisement
Abdul Karim menyatakan rasa bangga atas kejayaan Bonnie dan Mohd Adib pada sidang media hari ini.
Abdul Karim menyatakan rasa bangga atas kejayaan Bonnie dan Mohd Adib pada sidang media hari ini.

KUCHING: Kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada semua atlet yang berjaya meraih pingat emas serta mengharumkan nama Sarawak di persada sukan antarabangsa.

Demikian ujar Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kepada pemberita hari ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jaguh angkat berat negara Bonnie Bunyau Gustin kerana telah memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

"Juga kepada Mohd Adib Iqbal Abdullah yang mendapat pingat emas dalam acara renang kuak dada 50 meter di Sukan Para Asean. Dia berasal dari Asajaya. Saya bangga dengan dia," katanya.

Abdul Karim berkata, sudah tentu Sarawak juga akan memberi insentif sepertimana kerajaan persekutuan memberikan insentif kepada semua atlet berkenaan.

Bonnie sewaktu memenangi pingat emas Olimpik yang lalu, turut diberikan jumlah yang sama seperti yang diberikan kepada mana-mana pemenang pingat emas Olimpik.

"Jadi Bonnie, Adib pasti akan ada sedikit insentif untuk mereka dan saya berharap akan ada lebih ramai atlet kita yang akan turut membawa pulang pingat emas dalam temasya Komanwel kini.

"Juga bagi Sukma pada September ini, mereka yang juga berjaya meraih pingat emas dalam sebarang acara juga akan diberikan insentif," katanya.

Bonnie menang pingat emas acara powerlifting kategori lightweight sekali gus menambah pingat emas negara dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022. 

Juara dunia itu turut mencipta rekod temasya apabila mengumpul 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210kg pada sesi pertama, 216kg (kedua) dan 220kg (ketiga).
 
Manakala, Mohd Adib membuktikan kehebatannya dengan memenangi emas dan mencatat rekod baharu bagi acara berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement