Anda di sini

Ellron sumbang dua katil Hi-Lo kepada OKU, warga emas

Advertisement
 Ellron sempat beramah mesra dengan salah satu penerima Katil Hi-Lo di sini.
SERAH: Ellron sempat beramah mesra dengan salah satu penerima Katil Hi-Lo di sini.

KENINGAU: Prihatin dan mengambil berat terhadap mereka yang terlantar sakit, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin turun padang menyempurnakan penyerahan katil Hi-Lo kepada dua penerima yang sedang terlantar sakit dan kehilangan upaya. 

Beliau berkata kedua penerima itu masing-masing Standly Mangilas, 28, yang menetap di Kampung Membulu dan dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) Fizikal yang menghidap penyakit Down Syndrome.

Katanya seorang lagi penerima, Basirik Sawayoi dari Kampung Dalit Station iaitu warga emas yang berumur 89 tahun. 

“Bantuan Katil Hi-Lo adalah bantuan sempena Program Homeward yang dibawa oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) iaitu salah satu program dibawah Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Program ini bertujuan bagi menyantuni mereka yang terlantar sakit rumah pesakit atau golongan kurang upaya terlantar yang hilang keupayaan pergerakan. 

"Program Homeward dibawah pelan SMJ ini adalah salah satu bukti keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata sumbangan katil Hi-Lo ini diharap dapat meringankan beban ahli keluarga yang mengurus dan merawat saudara mereka yang terkesan akibat kehilangan keupayaan.

Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook menasihati orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang kehilangan upaya serta layak mendapat perkhidmatan ini agar terus berhubung dengan JPKAS di daerah masing-masing. 

Difahamkan dua katil Hi-Lo berjaya diserahkan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Daerah Kecil Sook setakat ini dan tiga lagi permohonan masih ditunggu.

Hadir sama dalam penyerahan itu ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat Sook Tony Talasoi, Pegawai Pembangunan Kebajikan Reneus Mani serta warga JPKAS Sook dan UPPM Sook.

  • oleh
  • Advertisement