Anda di sini

Dua sahabat terlibat dadah dicekup

Advertisement
Kedua-dua suspek (kiri dan tengah) ketika pemeriksaan polis di sebuah stesen minyak di Mukah.
Kedua-dua suspek (kiri dan tengah) ketika pemeriksaan polis di sebuah stesen minyak di Mukah.

MUKAH: Dua sahabat dicekup di tandas sebuah stesen minyak di Mukah kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah sekitar 10.05 pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, kedua-dua suspek lelaki yang berasal dari Balingian itu masing-masing berumur 21 dan 29 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek pertama, polis telah menjumpai satu keratan penyedut minuman berwarna biru berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methampethamine," katanya kepada Utusan Borneo.

Jelasnya, berat kasar dadah dirampas adalah 0.28 gram dan dianggarkan bernilai RM50 di pasaran.

Namun, tambahnya, pemeriksaan ke atas suspek kedua mendapati tiada sebarang barang terlarang ditemukan.

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Kata Rizal lagi, siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek mengaku terjebak dengan kegiatan dadah sejak pertengahan 2021 namun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes dsiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.
 

  • oleh
  • Advertisement