Anda di sini

Dr Jeffrey sumbangan batu kelikir, demi keselesaan penduduk dan petugas Klinik Desa Nambayan

Advertisement
 Belia Kg Lubong bergotong royong meratakan timbunan batu di kawasan klinik.
BANTU: Belia Kg Lubong bergotong royong meratakan timbunan batu di kawasan klinik.



TAMBUNAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyumbang batu kelikir bagi menimbun kawasan depan ruang masuk dan tempat letak kenderaan Klinik Desa Nambayan Tambunan yang becak dan berlumpur terutama ketika musim hujan.


Manakala kerja-kerja meratakan dilakukan secara gotong royong oleh para belia Kampung Lubong Nambayan yang dikawal selia oleh Ketua Biro Kebajikan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bahagian Tambunan Dr James Liew.


Salah seorang petugas di klinik itu, Jossie Anthony ketika ditemui merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih diatas keprihatinan Dr Jeffrey dan Dr James itu bagi keselesaan orang awam serta petugas di klinik berkenaan.


Turut hadir Pegawai Pembangunan Daerah (DDO) Tambunan Terence Yong, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Lubong, Celestine Ensing dan staf klinik.

  • oleh
  • Advertisement